Guru Oh Guru
Tuesday, March 2, 2010
Assalamualaikum...
Para pendidik yang dikasihi, mari kita hayati tiga kisah 'guru' yang dipaparkan di bawah.
Kisah Pertama :
Seorang guru disiplin telah menangkap seorang murid yang didapati mencuri wang murid yang lain. Guru tersebut berkata ; "kamu didapati mencuri dan boleh dikenakan hukuman kerana perbuatan mencuri merupakan satu kesalahan. Mengikut buku peraturan sekolah, perbuatan mencuri merupakan kesalahan kategori A dan kamu boleh dikenakan hukuman rotan satu kali bagi kesalahan pertama. Saya harap kamu faham dan tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut."
Kisah Kedua :
Seorang guru disiplin telah menangkap seorang murid yang didapati mencuri wang murid yang lain. Guru tersebut berkata; "Kamu telah melakukan perbuatan yang boleh memalukan ibu bapa kamu. Tentu ibu bapa kamu kecewa sekiranya mengetahui bahawa kamu telah mencuri. Dan mengikut peraturan sekolah, perbuatan mencuri merupakan kesalahan kategori A dimana kamu boleh dikenakan hukuman rotan. Cikgu nasihatkan kamu supaya tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut".
Kisah Ketiga :
Seorang guru disiplin telah menangkap seorang murid yang didapati mencuri wang murid yang lain. Guru tersebut berkata; "Kamu telah malakukan satu perbuatan yang berdosa kerana mencuri merupakan satu perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah. Sesungguhnya Allah melarang setiap hambaNya melakukan perbuatan mencuri, kerana perbuatan mencuri menyebabkan orang lain akan mendapat kesusahan. Sekiranya kita telah melakukan perkara yang berdosa seperti mencuri tanpa bertaubat kita akan diazab ke dalam api neraka. Sesungguhnya neraka Allah itu amat dahsyat. Sebaiknya kamu bertaubat dan memohon kemapunan kepada Allah SWT dan mengembalikan wang yang kamu curi kepada tuannya. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi penyayang".
Sebagai renungan... dimanakah kedudukan kita sebagai seorang guru. Tugas guru amat mulia. Lebih mulia tugas seorang guru ialah membawa anak didiknya mengenal Tuhan dan itulah amanah serta kewajipan seorang guru.
1 comments:
MasyaAllah..saya nak jadi seperti guru yang ketiga...
Post a Comment